:: Pintaku Hasratku Cintaku ::

Author Archive

:: Penyakit Asma…~

salam…

nak story sikit pasal penyakit yang kini aku hidapi… penyakit asma…
dulu masa kecik xde… ni da besar baru kene.. mungkin faktor ketidakaktifan dan penambahan berat badan…

ape pun penyakit ini xleh diubati tetapi boleh dikawal… semoga Allah permudahkan kehidupanku.. amin~

APAKAH PENYAKIT ASMA ?

Saluran pernafasan yang normal kelihatan seperti ini.
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.

Saluran pernafasan pasakit asma.

FAKTOR PENYEBAB

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :

Bulu binatang

Debu atau habuk

Perubahan cuaca

Senaman

Merokok dan asap rokok

Debunga

Jangkitan saluran pernafasan

Makanan / Buah-buahan tertentu

Tekanan perasaan

Ubat tertentu

GEJALA – GEJALA PENYAKIT ASMA

Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
Susah bernafas ( sesak nafas )
Nafas berbunyi ( wheezing )
Rasa ketegangan di dada
KAWALAN ASMA

Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.
Sentiasa gunakan ” carta kawalan Asma di rumah ” bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.
INGAT !!!
Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;
Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil .
Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian .
Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa .
Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .


:: Pusat Jalur Lebar Komuniti….~

………..السلام عليكم

baru2 ni.. pjbt aku ader wat kursus asas komputer kepada staff2 gred 11 ke bwh.. kursus bertempat di PJK Pegoh dan di ajar sndri oleh pengurus PJK tersebut.. rasa tergerak hati nak story sal PJK ni sbb dulu mse mula2 PJK ni dibuka aku antara yang terawal g melawat ke PJK2 seluruh Alor Gajah ni.. byk kemajuan aku tgk kt PJK Pegoh tu…  aku rewind la blk sal PJK neh.. (story aku dolu2 copy dr blog aku yg lame)

{

  • Dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan salah satu projek kerajaan yang dilaksanakan dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat.
  • Merupakan Usahasama Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) , Telekom Malaysia (TM), Msd Digital Itelligence (MSD) dan Kerajaan Negeri (UPEN dan Pejabat Daerah)
  • Projek ini memberi Fokus kepada penyediaan perkhidmatan ICT di kawasan luar bandar

Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Internet
  • Binding
  • Liminating
  • Faks
  • Scan
  • Printing
  • Fotostat
  • Kelas komputer

Setiap Kawasan disediakan Paling kurang 15 buah komputer dan paling banyak 20 buah komputer, disetiap lokasi juga disediakan bilik latihan yang lengkap berinternet, LCD projector dan screen putih….Di setiap lokasi juga di uruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik oleh SKMM dan Telekom. Pengurus juga di beri sebuah Laptop untuk kegunaan semasa mengajar…Untuk Negeri melaka, Projek ini didahului oleh Daerah Alor Gajah, so dengan secara tidak langsung aku pun terlibat…..Pejabat daerah sebagai pemantau sekiranya berlaku masalah…aku share la gambr2 mase lawatan….

Balai Raya Kg Sg Tuang & Balai Raya Kg Pulau Semut
Balai Raya Taboh Naning

Balai Raya Kg Melaka Pindah & Balai Raya Tg Balai Melekek
Balai Raya Kg Machap Air pasir

Balai Raya Kg Pegoh & Balai Raya Tg. Rimau Dalam

Bagi aku penduduk Kg2 yang terlibat sgt2 la beruntung…..dengan adanyer projek ni ICT boleh berkembang di kawasan pendalaman …Harap pengurus di setiap PJK akan lebih kreatif dalam mengembangkan dan mempromosikan PJK masing2….kalau aku pun aku nak jadi pengurus or penolong pengurus cam diaorg…gaji pun boleh tahan wei…kalah aku…huhu
mmg best r….sgt2 menarik dan smart di setiap PJK…agaknyer deme mmg seragamkan dari segi cat dan semuanyer……very2 smart…..SYABAS….

}

sekarang mcm2 lagi penambahan perkhidmatan yang disediakan.. aku tgk siap ada kad ahli, klu jadi ahli dpt pen+buku nota.. antara promosi yg mereka jlnkan untuk menarik minat penduduk kg untuk mendalami IT.. dan mcm2 lg lah yg aku pun lum hbs tanya lg.. aku share skit gmbr2 mse klas hri tu..

pengurus PJK tu ckp.. sape da jd ahli leh dtg blaja free biler2 masa dan dimana2 PJK…jd ahli RM5 je untuk seumur hidup.. ape la sgt RM5 tu dgn ILMU yang xternilai kita dapat nanti…kalau nak tau lebih lanjut leh la pegi PJK berhampiran dgn anda… heee~ sekian::

p/s: kalau gado ngan bini xtau nk g mne2 ley la lepak2 kt cni men game…. hehehe :p


::VCO.. jinak2 mencube~

VCO = Virgin Coconut Oil aka minyak kelapa dara…….

baru di introduce mende alah ni oleh kwn baik ku ejdee jasmi …. saje2 nak try.. ramai kata bgus, berkesan… tunggu n lihat~

KEBAIKAN VCO


– Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
– Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
– Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
– Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
– Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
– Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
– Melindungi tubuh daripada kanser.
– Jerawat cepat susut Regular semula PMS anda Sistem penghadaman lebih baik
– Kesuburan
– Mengurangkan minyak up to 70% Kurangkan rasa senggugut
– Batuk dan Selsema cepat hilang
– Mengurangkan tidur berdengkurPengambilan VCO bagi wanita yang hamil Selain bagus untuk kulit.kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.

Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, Vco tiada side effect sbb dia bukan ubat. it’s simply a great supplement.

Setakat ni based on testimoni2 pengamal VCO, ada 3 orang dah bjaya hamil. Alhamdulillah..rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baek.

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.

CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Pengambilan vco bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana vco juga berfungsi sebagai agen pelincir.

p/s: kalau berminat leh visit blog member saya ni yg ader citer sal VCO ni gak KLIK DISINI.

::xdisengajakan…..~

ketika…. xde mood xde idea xde hati dan merindui…….

aku hasilkan ini…..

arghhhh.. bior ler org nk kate aku jiwang ker nyampah ker… aku suke bende ni… hati setenang air di kali…~

p/s: nak design logo tuk contest sbnrnyer… idea lari g tmpt len lak… cmno?


:: jari jemari x rajin…why?~

السلام عليكم

bersawang tahap usang da blog haku neh….ehe

byk perkara byk peristiwa byk kenangan byk  kejadian yg aku miss nak citer kt sini… xpe la.. redha jer.. ehe (klu jari ni rajin akan distorykn juger)..

skrg ni aku tgh sediakan dokumen untuk pelupusan aset alih kerajaan yg esok deme nak dtg periksa.. adeh asal la xde mood neh.. kt mane la mood aku ni g jln2 x balik2….

biarlah hati berkata2..biarlah hati meruntun jiwa… biarlah hati melayang nun jauh ntah ke mana… sabarlah wahai hati~

AISHAH BT OTHMAN…. mgkin aku rindukan dia… mgkin da lama ku x ziarah dia.. mgkin hti ni nak sgt peluk dia… pasti!!

Al Fatihah~

p/s: esok hari jumaat.. hari yang baik untuk pulang ke kampung… pulanglah ayien~


:: Sejarah April Fool…~

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com/


:: Anak Fruit….~

………..السلام عليكم

anak fruit a.k.a anak buah ku…. ehe  terima kasih to en acat tuk gelaran baru tu….

aku baru de 2 org je ank fruit… 1 pompuan 1 lelaki… insyallh akn tmbh lg 1org taun dpn… (xcited)…

jom berkenalan dgn deme yg ku syg….~

Abby Norhana

* Lahir 30 Ogos 1999

* sangat hyperaktif (doc ckp)

* dilarang makn bende2 manis untuk mengelakkan dari kerap kne mrh

* kdg2 baik kdg2 sungguh gedik…. adeh

* pandai pujuk blk sape2 yg marah dia

* cakp mcm org tua…

* sangat peramah

* mudah berkawan mudah juga dibuli oleh kawan

* kalu main baju mst basah lenjun dgn peluh

* kerap kne mrh dgn bapak nyer.. kdg2 kesian aku tgk kdg aku pn rse cam nk mrh dak neh…

* bijak belajar.. tp mudah hilang tumpuan

* kalau mkn nasi 1 jam belum tentu hbs

 

Muhammad Amirul

* lahir 21 Oktober 2008

* terlalu dimanjakan

* kne amik masa nak mesra dgn org lain selain mak n ayah dia

* asik nak dukung.. mangsa=ayahnya

* lasak jugak la tp xsmpi kategori hyperaktif

* nangis tuk dpt perhatian @nak kn sesuatu

* kdg2 gedik jer lebey… haha

* kulit sgt sensitif

* nak tdo mst nak peluk bantal busuk n patung tupai bru ley tdo… ceh.. kuntum btul.. hehe

* susah nak senyum

* manja lebey dgn ayah dari mak

 

tu ler kisah anak2 fruitku… bdk2 kn mmg ler cenggitu… aku dulu pun lg truk agknyer manje or nakal or gedik.. org kata klu x nakal x bijak kn…ehe

tuk anak2 fruitku…. wlau mcm mne pun abby n mirul……makcik sayaaaaang……. kamo b’2.. xde beza2 tau.. sama jer.. kalau makcik marah tu sbb makcik sayang… ehe

moga kamo membesar dgn sihat dan jadi anak yang baik biler da besar nnt… ‘mcm la deme bukak blog neh’… hehe

luv u two lah…..~