:: Pintaku Hasratku Cintaku ::

:: Penyakit Asma…~

salam…

nak story sikit pasal penyakit yang kini aku hidapi… penyakit asma…
dulu masa kecik xde… ni da besar baru kene.. mungkin faktor ketidakaktifan dan penambahan berat badan…

ape pun penyakit ini xleh diubati tetapi boleh dikawal… semoga Allah permudahkan kehidupanku.. amin~

APAKAH PENYAKIT ASMA ?

Saluran pernafasan yang normal kelihatan seperti ini.
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.

Saluran pernafasan pasakit asma.

FAKTOR PENYEBAB

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :

Bulu binatang

Debu atau habuk

Perubahan cuaca

Senaman

Merokok dan asap rokok

Debunga

Jangkitan saluran pernafasan

Makanan / Buah-buahan tertentu

Tekanan perasaan

Ubat tertentu

GEJALA – GEJALA PENYAKIT ASMA

Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
Susah bernafas ( sesak nafas )
Nafas berbunyi ( wheezing )
Rasa ketegangan di dada
KAWALAN ASMA

Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.
Sentiasa gunakan ” carta kawalan Asma di rumah ” bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.
INGAT !!!
Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;
Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil .
Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian .
Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa .
Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s