:: Pintaku Hasratku Cintaku ::

Archive for August, 2010

:: Selamat Hari Raya….~

Advertisements

:: merdeka….~


:: Sejarah Alor Gajah….. ~

Salam……

** Hari ni tergerak lak ati aku nak wat entry sal Alor Gajah…. aku pn bru 2 taun lebey jer kt cni… dulu takat lalu jer… xpnh tau pun sal daerah ni… so jomlh… aku nak citer sket…

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.

Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.

** hehe… orang dolu2 kn.. asal nmpk bende pelik sket jer mst nak buh nama kt tmpt tu.. cam nama melaka gak la… sbb kn pokok melaka tempat parameswara berehat dan melihat kancil sepak anjing… agk2nyer kn klu deme nmpk gajah mandi air terjun pe la nmpk tmpt tu eh… air gajah?.. gajah mandi?.. hehe leh jadi gk kn…..~

cute….. kn~

 

Alor Gajah mempunyai keluasan 660 km persegi (66,500 hektar) mengandungi tiga buah bandar utama iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah dan Pulau Sebang.Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil.

** ape pn sejak dari tu Alor Gajah makin maju dan menjadi sebuah daerah yang dikenali jugak la… walaupun x seGah mana tapi bagi aku ianya cukup sempurna…

** rasenyer ramai yang pernah dgr kn kueh udang alor gajah kn…. aku pun xcye smpi femes cmtu kueh udang yg kdainyer dpn opis aku jer…

**kini aku sedang berkhidmat untuk daerah ini… haha.. moga alor gajah akan trus maju dan maju…. lalalala~

sumber dari www.pdtag.gov.my  <– website opis aku … haha


:: Monday BlueSs….~

Salam…

“” Arghhh…. Malasnyer nak pegi keje hr ni…..”
ni la yang slalu aku jeritkan di pagi2 isnin… pehh dia punyer azabnyer nak g keje… kome pun mst ader yg cam aku gak kn.. toksah bohong lew.. teman tau… haha

Syioknyer klu dapat landing camni…… aman damai…..~

jeritan hanyalah sekadar jeritan… tp tetap pegi keje jugak kn… cuma semangat bekerja tu de kureng sket… keje tetap dilaksanakan…..

Dekat luar sana beribu2 org duk xde keje lagi… bkn xde kelulusan.. bkn xde kemahiran… cuma belum ader rezeki… so kita yang dah bekerja tetap nih kene la bersyukur dengan rezeki Allah ni… Alhamdulillah….~

Tp manusia cam aku ni mmg la bersyukur tp still xde mood di hari isnin… jadi nak ilangkan mood aku yg bosan nih mari kita menulis blog atau mengaco org di seluruh opis… huahaha…~


:: Wanita….~

Salam…

 

 

Allah S.W.T berfirman:  

“Ketika  Aku  menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk  menjadi seorang  yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

 “Aku  memberikannya  kekuatan  dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku   memberinya  kekerasan  untuk  membuatnya  tetap  tegar ketika orang-orang   lain   menyerah,   dan   mengasuh   keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku  memberinya  kepekaan  untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku  memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan   melengkapi   dengan  tulang  rusuk  suaminya  untuk melindungi hatinya.”

“Aku  memberinya  kebijaksanaan  untuk mengetahui bahwa seorang suami yang  baik  takkan  pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya  dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan  akhirnya,  Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada.”

**Kerana aku seorang wanita…… Syukur Padamu Ya ALLAH…


Selamat Berpuasa….~

20 Ogos 2010

Salam Ramadhan….
sudah 10 hari berpuasa baru aku nak wish Selamat Berpuasa… hehe… nak wat camne kan.. banci punyer celita.. huhu…

Okeh Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam di luar sana… semoga ibadah kita pada tahun ini diterima oleh ALLAH…. amin~