:: Pintaku Hasratku Cintaku ::

Archive for July, 2010

:: seksanya Rindu….~

28 Julai 2010…

Salam….

Malam ni tetibe lak rasa cam nak post something kt blog… so ni lah tajuk yang boleh aku fikirkan sbb ni la sedang aku alami skrg… hehehe.. nak share skit la sal tajuk kali ni… RINDU

Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.
Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama.

Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. Walaubagaimanapun perasaan rindu yang tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.. aha… huhuhu

Bagi mengelakkan perasaan rindu berikut ada beberapa tips untuk dikongsikan :-

a) Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit.. <– boleh ke cmni? xleh aku der….. haha
b) Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar.. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.<–Betul3
c) Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri.. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..<– Mana Boleh buh p’kataan menggantikan tu… hishh…
d) Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.<– Klu dwet byk ler… kikiki
e) Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-QUran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektik dan sentiasalah merinduiNya… AMIN..
f) Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis, origami dan sebagainya..<– cth pergi membanci…… haha

**mlm ni ntah nape sik nak emo jer…. aku salahkan RINDU….

**nasib baik si dia sungguh penyabar orgnyer… Terima Kasih….

**sumber dari sini

Advertisements

:: Latihan HRMIS….~

26 Julai 2010…

Salam…

Latihan HRMIS di blok bentara SUK melaka.. Bagi Modul Penamatan Perkhidmatan…. 2 hari…..

** Tetibe je kena g ni… adeh….

** Network pun cam siput bulan…. Laponyer perut…. kikiki

** sib baek makan minum free…. lalalalala~

 

 

 


:: Penawar Pening dan Sakit Kepala….~

Kata orang-orang tua, kalau kita sakit kepala, rasa pening-pening, ambillah sebiji bawang putih yang kecil. Hiris nipis-nipis dan tampal pada bahagian kiri dan kanan pelipis. Biarkan semalaman. Gunanya untuk menyerap bisa pada yang menyebabkan kepala kita sakit.

Kita tak perlu tanggalkan hirisan bawang itu tadi, sebab ia akan kering dan tanggal dengan sendirinya. Pelipis kita akan bertukar warna menjadi merah kehitaman dan mengelupas dalam masa dua atau tiga hari.

Selain bawang putih, ada juga satu cara yang lain untuk menghilangkan sakit kepala, iaitu dengan menggunakan ramuan bawang putih dan bawang merah. Sebiji bawang merah besar dan lima biji bawang putih dihancurkan sehingga lumat dan dicampurkan dengan satu sudu besar madu. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan urut dengan lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening kepala akan hilang.

Daun lemuni ni sebenarnya adalah ramuan untuk membuat nasi kerabu hitam. Air perahannya merupakan pewarna asli yang digunakan untuk memberi warna biru kepada nasi kerabu.

Daun lemuni merupakan kaedah termudah dalam merawat sakit kepala atau pening kepala. Ambil daun lemuni berserta batangnya yang masih lembut dalam berat lingkungan satu kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal untuk kegunaan mengalas kepala. Pesakit kepala perlu menggunakan bantal berisi daun dan batang lemuni ini semasa tidur selama 2-3 hari. Insyaallah Sakit dan pening kepala akan hilang, kepala akan terasa ringan.

** Petua ni untuk aku juga yang selalu pusing2… hehe

**Sumber dari MAXX


:: Futsal…~

23 Julai 2010…

Salam…

Petang tadi de perlawanan persahabatan futsal wanita team opis aku PDTAG lawan Team Kesihatan AG… Keputusan Seri 3 -3….

Aku ni tak berapa tahu peraturan dan undang2 men futsal ni… sjak aku keje kt pdtag barulh nak jinak2 manje ngan futsal ni…tp game ptg ni aku rase plg byk wisel dibunyikan…. kenapa? mengapa dan bagaimana?….Hanya pengadil yg berat sebelah itu sahaja yang mengetahuinya….

Kat cni aku nak share skit rules men futsal nih yg aku cri lam tenet gak dr 1 website ni.. tipu web ni tipu ler aku….kikikiki~

BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

  • Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
  • 5 pemain
  • Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
  • Sepakan ke dalam
  • Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
  • Masa dijaga oleh penjaga masa
  • 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
  • Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
  • Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
  • Peraturan 4 saat untuk mula main
  • 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
  • Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.
  • Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.
  • Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.

** Ini undang2 kalau betul2 lawan la… tp klu just game persahabatan watpe nak straight sgt.. nmpk sgt tkut team kome kalah…haha..

**ape2 pun aku enjoy main td.. walaupun kejap jer ( udah somput).. ni la game futsal yang plg ber E.M.O.S.I skali pnh aku tgk…. kikiki~

TAHNIAH PADA PASUKAN FUTSAL PDTAG…. YEAHH!!!


:: Tazkirah Jumaat…~

23 Julai 2010……

PEROSAK-PEROSAK SEDEKAH

Sedekah yang diterima ialah sedekah seseorang Islam yang bertujuan mendekatkan diri kepada Tuhannya serta mengharapkan pahala dan balasan daripada Allah.

Allah Ta’ala telah berfirman : “Perkataan yang baik dan kemaafan adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti dengan menyakitkan hati” [Al Baqarah : 263].

Juga Allah Ta’ala telah berfirman : “Janganlah kamu merosakkan sedekah-sedekah kamu dengan membangkitkan-bangkitkan pemberian dan menyakiti hati” [Al Baqarah : 264].

Manakala Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Tiga perlakuan manusia di mana Allah tidak akan bercakap (melayani) dengan mereka di Hari Kiamat, Dia tidak akan memandang kepada mereka (dengan pandangan rahmat) dan Dia tidak akan menyucikan mereka (daripada dosa); sedang untuk mereka disediakan siksaan yang pedih”.

(Mendengar demikian) Abu Dzar r.a. lalu berkata : “Gagal dan rugilah mereka, siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Maka Nabi s.a.w. menjawab : “ialah lelaki yang melabuhkan pakaian (sampai ke bawah buku lali), orang yang membangkit-bangkitkan pemberian dan orang yang mengambil sikap melaris barang dagangannya (untuk menarik jualan) dengan sumpahan dusta.” [HR Muslim]

Dipetik dari buku ”Kelebihan Bersedekah dan Berbelanja Dijalan Allah” alihabahasa oleh Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh.

IMAM MUDA?

Seseorang yang menjadi imam sebenarnya menggalas jawatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. yang menjadi imam kepada makmumnya iaitu para sahabat. Apabila seseorang itu berada di sejadah imam atau posisi imam, maka dia sebenarnya berada di tempat Rasulullah s.a.w. Oleh itu seorang imam hendaklah mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. walaupun ianya sekadar sunnah-sunnah kecil ataupun perkara yang remeh-temeh kata orang sekarang. Walaupun benda ini nampak seolah-olah kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah)

Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah(Permulaan Hidayah) mengatakan permulaan hidayah adalah melalui perkara-perkara yang kecil, misalnya seperti sembahyang sunat. Tanpa duit 1 sen tidak akan cukup jumlah RM1,000. Kata pepatah luar, Perjalanan yang jauh beribu batu bermula dari satu langkah. Kata pepatah melayu “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit“

Seorang imam hendaklah duduk-bangun sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah. Pakaian imam sebaiknya menutup kepala, memakai kain atau seluar yang tidak menutup buku lali, memakai baju lengan panjang dan tidak pakai baju lengan pendek. Nabi s.a.w. tidak pernah solat dengan memakai baju lengan pendek dan baginda memakai kain separuh dari betis di atas buku lali.

Seorang imam memikul tanggungjawab yang besar kerana sembahyang makmum bergantung kepada sembahyangnya. Dari Sahal bin Saad radhialloohu’anhu, diriwayatkan bahawa dia menceritakan: Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Imam itu memiliki tanggung jawab. Kalau dia melakukan sembahyang secara baik, maka dia dan para makmumnya mendapatkan pahala. Dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa, sementara makmumnya tidak.” (HR. Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadith disebut, “kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, pilihlah imam yang warak dan alim”. Hadis daripada Abu Masud Al-Ansari menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda bermaksud: Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran. Kemudian orang yang lebih pandai tentang hadis (sunnah nabi), Kalau mereka juga sama maka pilih orang yang lebih dahulu berhijrah, Kalau sama masa hijrahnya, pilih orang yang lebih tua usianya.

Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran. Mazhab As-Syafie memilih imam yang paling pandai membaca al_Quran. Berdasarkan hadis Amar bin Salamah, yang dimaksudkan dengan ‘paling pandai membaca al-Quran’ di sini ialah orang yang terbanyak hafalannya. Hadis tersebut bermaksud: Hendaklah orang yang menjadi imam itu orang yang terbanyak hafalan Qurannya.

Mazhab Al-Hanafi pula memilih imam yang lebih pandai soal hukum-hakam. Dalam hadith ada disebut, kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, hendaklah kamu mencari orang yang alim dan warak sebagai imam sembahyang. Pilihlah imam mengikut susunan berikut:-

  • Alim
  • Wara’
  • Pandai membaca quran
  • Berpakaian kemas
  • Manis (sedap) bacaannya, tidak semestinya berlagu
  • Tua
  • Isteri cantik. ( Kalau ada dua imam yang sama wara’ dan alim, pilih yang mempunyai isteri cantik kerana biasanya orang yang mempunyai isteri cantik kurang terjejas bila melihat perempuan lain.)

** untuk tazkirah pada setiap jumaat yang terdahulu klik di sini

**sumber dari Tazkirah Jumaat MASJID JAMEK KUNDASANG RANAU SABAH MALAYSIA di blog http://tazkirahjumaat.blogspot.com/


:: Banci Oh Banci….~

22 July 2010….

Adakah anda sudah dikira?…
Jabatan Perangkaan akan menyelaras pelaksanaan Banci 2010 yang akan bermula 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 yang akan melibatkan sembilan juta tempat kediaman dan membabitkan kira-kira 29 juta penduduk Malaysia dengan anggaran 7.3 peratus daripadanya adalah warga asing.
Banci penduduk dibuat setiap 10 tahun dan Banci 2010 ini adalah banci kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963, banci terakhir dijalankan di kalangan penduduk Malaysia adalah pada tahun 2000.

kaedah pembancian banci 2010 akan dilaksanakan secara tiga kaedah:


1. Temuramah bersemuka;
Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan                maklumat

2. Pengisian sendiri atau Drop-off and Pick-up
Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi
3. e-census (online).
Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan Perangkaan. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.

Rujukan dan sumber bacaan lanjut di http://www.statistics.gov.my/

** Sebagai salah seorang dari pembanci seluruh malaysia saya mohon kerjasama semua orang untuk memudahkan lagi tugas kami sebagai pembanci… pada makcik2.. aunty2.. jangan takut..  kami bukan along kami cuma nak banci.. hehe

**Semak Tag pembanci yang sah… mmg kami akan tanya soalan byk skit dri 10 tahun dulu sebab banci 2010 ada banyak penambahan soalan dari jabatan perangkaan… haraf maaf ea… Semua soalan ader sebab ianya di soal.. harap anda semua faham ea….

**kepada semua pembanci2 seluruh malaysia… selamat membanci dan hati2 dengan binatang peliharaan penduduk kampung… :p


:: 2nd Update…. ~

22 July 2010….
setelah 4 bulan baru aku cube kembali explore wordpress ni… hehe
kali ni tukar theme lain.. tetibe t’nmpk theme yg lebey menarik… next time update lg ea… masih xfaham cmne nak msukkn iklan.. widget2 lain msh dlm proses…. orait smpi cni je la…tata